Friday, August 17, 2012

Kemas Raya

Assalamualaikum... Harini aku sambung mengemas, hopefully dapat la siap semuanya. Yang tak bestnya, cik abang cakap, memang tak sempat buat kuih raya... bukan nak buat banyak pun cuma chocolate chip cookies jer.. itupun tak sempat. Lagipun, kalau boleh spend sepenuh masa untuk buat cookies tu takpelah, ini tidak, cik Hero kecik ada kan... kang mana nak layan dia mana nak bakar kuih bancuh sume2lah... hahahah tu yang macam tak menjadi tu. Cik abang cadangkan buat kat Kota Tinggi je nanti. InsyaAllah.. kene la pinjam oven makcu hehehe... harapnya menjadilah... lagipun kat Kota ramai dayang yang boleh jagakan Hamzah jap. Sekarang ni pulak dia sibuk nak memanjat.. memapah tak lagi. Panjat sana panjat sini, kita yang berderau darah. Yelah, agak nak lepas tangan, dia lepas je. tak kira la belakang tu simen ke bantal ke apa ke. hehehe boys... Hmmm banyak lagi agenda mengemas ni... kemas atas kabinet kecik je dah makan masa... belum lagi bilik2.. peh.. cik abang pi kemas rumah ibu mertuaku... memang tugas dia dari dulu kala... so dia dah ke sana lah pagi2 lagi. Tinggallah aku seorang kat rumah. Sib baik boleh on laptop, dengar Suriafm, thru tv dalam bilik (HDMI ada senang betul). Semoga Allah permudahkan kerja2ku ini.. ameen... :) * Missing the boys... (*o*)

Wednesday, August 15, 2012

Today... again (^_^)

Assalamualaikum... :) It's me again. Harini rasa nak menulis je. So... skrg ni tengah rehat sikit, pasni nak sidai baju hero. hmmm rindu pulak kat hero kecik sorang tu. Tadi abah dia bawa ke Sg. Jelok, rumah makwan dia. Diorang dah rindu Hamzah, dah berapa hari tak jumpa, especially Asma' ... asyik tanya je. Abah dia kesian, tu yang lepas berbuka tadi, dia terus p bawa Hamzah. Umi tak ikut, tengah makan lagi. Lagipun abah dia kata kejap je. Nanti hantar balik, pastu pergi Sg. Jelok semula, bawa terawih. My husband is a good son, no... he's a great son. Semoga Hamzah jadi macam abah dia.. ameen... Taktau diorang sampai pukul berapa ni.. so sementara tu, boleh la buat keje2 skit.. skit je lah. hihi... haaaa esok sekolah da mula cuti, so, aku plan nak p shopping sket.. untuk rumah.. nasib baik ibu Ina kata, boleh hantar Hamzah hari Khamis & Jumaat.. so umi ada la peluang nak buat itu dan ini sikit2.. terima kasih, kak ina!

Saidina Hamzah

Assalamualaikum... wbt.. my life has been blessed by Him the Almighty. Permata hati umi & abah, Hamzah. Gambar tu masa beberapa bulan lepas. Sekarang ni Hamzah dah 8 bulan... sangat cerdas. Masih belum pandai duduk, tapi dah mula memanjat sana sini, tapi masih belum memapah. Setiap hari mesti rindu pada Hamzah. Pukul 3 akan pergi jemput dia di rumah ibu Ina dia. Balik rumah, walaupun dah mengantuk mata dia, tetap nak main dulu. Menjalar sana sini, baru nak tido. Umi yang tertido, tapi sekarang bahaya. Hamzah makin laju ke sana sini, tak boleh lepa... takut dia pergi dapur atau masuk bilik air... or worse, mengutip entah apa-apa yang dilantai dan terus masuk mulut. Setiap hari abah pun asyik tanya, Hamzah macam mana... makin rindu, makin sayang, makin banyak keletah Hamzah yang terbayang-bayang di kepala. Syukur ya Allah dengan kurniaanmu. Sesungguhnya Kau yang maha mengetahui... Doa kami setiap hari, setiap masa, agar hidup kami bertiga sentiasa dirahmati oleh-Nya. Abah Hamzah, seorang yang sangat baik hati dan ringan tulang. Umi Hamzah, seorang yang agak tegas tapi tetap penyayang... :) Kami berdoa & bersyukur agar hidup kami sentiasa diberkati. Semoga Hamzah menjadi insan yang soleh... yang akan menegakkan Islam, agamanya...