Thursday, June 13, 2019

Steam Iron Philips by Amway

It's been a while... this is my first entry of 2019. In fact, this is the first time I open my blog account as I am going to start a new topic for my Year 4 students. It's "Blogging". I don't really see the connection other than the name itself. I encourage my students to have and to write a blog. It doesn't have to start with online entry, but they can always start offline, writing or typing into their own laptop or desktop. Most of them have their own smart phone now but I still want them to know the limit when they go online. Most of my students are very good in writing especially expressing their thought about something. I believe they have their diary to keep track on what they have been through that day or week. 

Oops! Now that I look at the title... hahaha it's actually about my steam iron. I want to share some tips of how to take care of it actually, based on what had happened to mine last year or last two years. I think I want to share them in bahasa. I always think of something to share with others. Something that might benefit if not many, a few consumers. Here goes... okay... rasanya dua tahun lepas, steam iron kesayangan saya tu, ada 'ketumbuhan'... semacam lumut. Memang stress betul. Macam-macam saya fikir, lumut tu akan rosakkan baju tak? Air tu akan jadi racun tak? So apa lagi... saya search la Google. Mula-mula memang payah nak jumpa solution. Tambahan pula, sebelum tu, saya dah contact member yang saya jual iron tu pada saya. Dia sendiri pun tak tau sebab tak pernah kena macam tu. Alahailah nasib. Dengan membaca di Google, baru la saya tau, iron ni tak boleh letak menghadap panas cahaya matahari. Senang cerita tak boleh directlah. Kalau letak di belakang langsir yang gelap, takde masalah. Saya memang letak depan tingkap, yang langsirnya selalu la saya ikat atau singkap. Nak cahaya la katakan. Rupa-rupanya itu adalah kepantangan yang membawa kepada penternakan lumut tersebut. Hahaha.. kawan saya yang jual tu pon, tak tau pasal ni. Jadi agaklah 'lost' la saya masa tu. Sedih pon sedih. Makanya, baca punya baca. Ada beberapa orang dengan masalah yang sama ni. Yang mula-mula tu, dia kata, dia potong bahagian tempat masukkan air tu. Lepas tu dia gunakan berus gigi dan berus tempat lumut tersebut. Masalah dia selesai. Masalahnya... saya taknak la cacatkan iron tu. Dah la mahal, beli pon, main kutu baru dapat. Saya teruskan membaca. 

Kaedah terbaik: Ada seorang pengguna ni, dia bagi tau, dia gunakan 'bleach' masukkan melalui tempat air tu, biar beberapa minit, bilas. Voila! Inilah dia yang saya rasa saya akan cuba. Balik rumah, memang saya terus buat. Saya buang dulu semua air dalam iron tu. Ya, saya angkat, dengan penuh hati-hati dan kasih sayang. Wayar saya kemas elok-elok. Kosongkan air. Saya letak 'clorox' dan tunggu sehingga 10 minit. Saya memang tenung je iron tu. Dalam masa beberapa minit, perlahan-lahan, lumut tu hilang. Wow! Tak sampai 10 minit, memang licin tanpa kesan langsung! Terima kasih, clorox! Disebabkan saya memang nak tunggu 10 minit, saya tunggu. Lepas 10 minit, saya buang air clorox tu, saya cuci semula iron tu. Bilas berkali-kali sampai yakin, tiada kesan clorox yang tinggal. Alhamdulillah... selepas tu, memang clean and clear lah iron saya tu. Saya juga tukar tempat iron tu. Dah tak letak menghadap matahari lagi. Terima kasih sangat-sangat kepada yang mula-mula berkongsi cara tu. Jadi, kat sini, saya rasa terpanggil untuk share. Memandangkan sekarang ni informasi di hujung jari, moga-moga yang saya kongsi ni dapat membantu pengguna lain di luar sana.  

Semoga hari anda ceria & gembira... 
Make good choices & Be kind!