This is the story about me, my husband and our sons... Hamzah & Hanzalah, our warriors! May Allah always give us strength to be good Muslims... as great as the beloved prophet Muhammad saw as brave as Saidina Hamzah saifullah as generous as Saidina Abu Bakar As-Siddiq as fierce as Saidina Ummar Al-Khatab
Thursday, November 08, 2012
Mencintai Bahasa
Assalamualaikum...
Hari ini seperti biasa, bukan, bukan seperti biasa. Sudah lama saya tidak menulis apa-apa di halaman ini. Bukannya apa, saya sendiri tidak mempunyai masa yang sesuai untuk menambah apa-apa. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang tinggi bahasanya. Cuma kini, saya sering terjumpa dan terbaca tentang penggunaan Bahasa Melayu oleh orang Melayu sendiri. Masih ramai yang mengagung-agungkan bahasa asing berbanding bahasa ibunda sendiri. Jadi, saya perlu berbuat sesuatu. Dalam penulisan-penulisan selepas ini, saya akan mencuba untuk menggunakan Bahasa Melayu yang saya harap betul. Mungkin ini adalah antara langkah untuk menjadi rakyat dan bangsa Malaysia, menyayangi bahasa ibunda sendiri.
Cuma, saya kurang berpuas hati apabila saya ingin menghantar khidmat pesanan ringkas dari telefon bimbit. Semestinya bahasa dan tulisan yang digunakan adalah bagi tujuan singkatan, demi untuk menjimatkan masa dan yang terutama sekali, menjimatkan kredit. Itu hanya pendapat saya sahaja kerana saya sendiri sehingga kini menulis pesanan ringkas menggunakan perkataan yang lebih ringkas.
Subscribe to:
Comments (Atom)