Bismillahirrahmanirrahim...
Rasanya aku nak tulis pasal kandungan aku ni. Rasa nak simpan moment2 yang berlaku supaya nanti boleh baca semula & ingat balik. Setiap masa syukur dengan rezeki yang Allah bagi ni. Allah sekali lagi bagi rasa mengandung, semoga baby dalam perut ni baik-baik saja. Bila lahir nanti, menjadi anak yang kenal dan cintakan agamanya... menjadikan Allah nombor 1 dalam hidupnya. Syukur alhamdulillah. Perut kali ni, rasanya besar sikit banding dengan yang dulu maybe sebab dah second time kan. Baby kicking tu dah selalu rasa, alhamdulillah... especially masa makan dan masa-masa emosi tengah berubah-ubah. Terbaru, bila Hamzah & Hanzalah bergusti bersama, eh eh, yang dalam ni, macam bergulung-gulung juga. Masha-Allah... awak makin kenal suara abang-abang awak ye. Nak join gusti sekali ke tu? Semoga kalian rapat, sayang & hormat satu sama lain kerana Allah. Semuanya kerana Allah tau... kene sentiasa bersyukur... selalulah sedekahkan senyuman ye... semudah-mudah sedekah.
Subhanallah... tahun 2019 ni, sepupu aku sebelah arwah ayah dan sebelah mak, yang sama umur aku, mengandung juga. Sorang bersalin Januari haritu, seorang lagi in shaa Allah bulan Oktober nanti. Kakak ipar, yang sama umur juga, selamat melahirkan bayi lelaki, Mac haritu. Kawan-kawan baik juga sama... Ya Allah syukur alhamdulilllah... Sorang tu, baru bersalin hujung Ogos lepas. Sorang lagi bakal bersalin Oktober juga. Seronok betul share pengalaman masing-masing. Baiknya Allah. Oh ada sorang lagi, kawan lama... dah lama juga tak berjumpa, selamat lahirkan bayi perempuan. Walaupun tak cukup bulan, tapi kuasa Allah mengatasi segalanya... bayi tu sihat. Semoga awak membesar dengan baik & sempurna in shaa Allah. Sentiasa bersyukur.
Bagi yang masih menunggu, jangan pernah putus asa. Baik sangka pada Allah setiap masa. Kita sama-sama panjatkan doa. Allah je yang tau bila dan kenapa... kita tak boleh persoalkan. Kalau ada manusia yang bertanya atau mengejek... biarkanlah, cukuplah Allah yang tau. Sebab apa? Suami aku selalu pesan, berharap hanya pada Allah, jangan berharap pada makhluk. Allah tu maha esa. Dia yang lebih tau. Kita kene terus sabar dan berdoa. Aku memang percaya 'sabar itu tiada hadnya'... janji Allah bagi orang yang bersabar tu memang ada dalam al-quran. Aku suka sangat dengar ceramah-ceramah Ustazah Asma' Harus. Subhanallah... banyak sangat ilmu boleh dapat, boleh share. Semoga Allah merahmati ustazah & memudahkan segala urusan ustazah. Aku tak pernah pon jumpa ustazah ni, tapi rasa macam dah kenal sebab selalu dengar ceramah dia kat fb & youtube. Banyak info, doa & amalan yang dia share.
Baiknya Allah bagi peluang aku menulis kat blog ni harini. Takpelah takde orang baca pon. Nak buat untuk bacaan diri sendiri satu hari nanti in shaa Allah. Buat baby umi, berseronoklah dalam perut umi ye... doakan umi jadi umi yang baik, yang penyayang, yang kenal agama, yang sentiasa ajar anak-anak tentang sayang Allah & rasulnya... Maafkan umi ye, andainya umi tak dapat kawal emosi. Emosi marah-marah, memang tak elok... baby jangan ikut, ikut yang baik-baik saja. By Allah, I love you.